Another Templates

11 July 2010



sabtu, 10/07/10

sekumpulan rakan2 telah pergi berpek'nek di kalompang waterfall..
bertolak dari usj pada pukul 2.30pm dan kemudiannya sampai
di tg.malim pada pukul 300pm..wah cepat gila..hahahaha
dan masuk sebentar ke pekan tg.malim untuk menghantar barang
dan barulah ke destinasi semula.. 
ya, agak kelambatan bertolak pergi kerana menunggu seorang rakan
yang berkerja separuh hari...

disebabkan ini 1st time sampai disana, bertanya2 lah mereka
td pada org kampung disana supaya tidak sesat...
dan langit menunjukkan ianya mahu menjatuhkan air...
ah, kena cepat ini agar berjalan lancar program..
bekalan makanan sudah siap dibawa, dimasak oleh isteri2 tercinta masing2...
huh berbau didalam kereta menambahkan lagi ketidaksabaran mahu sampai..!

jalan kecil, hanya seketul kereta saja boleh lalu...jikalau terselisih makanya
pandai2 lah membawa diri..
ketibaan mereka disambut dengan kelibatan kereta di parking penuh!
sehingga sukar mencari lokasi untuk merehatkan kereta sendiri.huh

sampai+setting lokasi berpek'nek.duuhssss..!
air terpercik sana sini kerana keseronokkan
berendam..
sejuk itu pasti
puas itu pasti...!

dan akhirnya dihalang oleh hujan yg lebat dan mereka berlari-lari anak
meredah masuk ke dalam kereta dan pergi masuk semula ke tg.malim..
niat dihati mahu layan pula pasar malam..
sebelum itu singgah sebentar di sebuah restoran
untuk minum air panas..dan menunggu hujan reda. 
ye beberapa ketul jam cap CASIO dibeli oleh semua rakan2 tadi
sebagai kenangan diri sendiri di sana.

sewaktu pulang di atas highway diiringi oleh hujan...bukan band hujan tuh
tp hujan yg Tuhan turunkan.  :-)
1000pm sampai di shahalam untuk makan malam
pung pang pung pang 1130pm
mereka pun pulang ke rumah masing2..

ahad.

duduk dirumah sahaja..rehat2 secukupnya..
niat hati mahu pergi membawa Chenta ke
Festa Bunga & Taman at Putrajaya
tapi ketika aku menaip ini, baru je lepas bangun tidor
terus ke latop dan mengarang entry ini.maka x jd pergi kesana..
ah nanti pergi pasar malam batu 13 puchong sudahlah..
boleh beli barang2 dapur..lagi baik! hehehe




No comments:

Post a Comment

koment anda akan kami balas secepat mungkin..